Pages

Wednesday, October 18, 2023

aku yang tidak akan menyerah

walaupun aku tahu

memiliki kamu adalah sebuah mimpi indah

yang takdirnya hampir pasti bukan untuk aku

hampir pasti juga bukan untuk kita

dua jiwa yang yang dahulunya besama


mengharap sampai ke hujungnya

tapi tewas

aku yang tertewas

walau kamu cuba pertahankan

aku tetap tewas


mungkin ini adalah cara

untuk aku meluahkan rasa

walau kita tidak bersua mata

saling mengelak pandangan cinta

walau tidak memandang mata

tidak seperti orang yang bercinta

walau tidak bersuara

walau aku tidak berkata


mungkin aku mencintai  kamu

walau kamu tidak pernah tahu

atau pernah tahu

tapi kamu masih ragu

atau kamu tidak mahu lagi tahu


mungkin aku akan mencintai kamu

dan akan tetap mencintai kamu

tanpa rasa lelah dan jemu


i'm sorry that i love u

i'm sorry if i miss u

even if i can't have u

u know that i'll always be there for u


mungkin kita tidak bersama

pada takdirnya

tidak mengapa asal kamu bahagia


dan biarkan aku....


yang tetap mencintai kamu...




Tuesday, October 10, 2023

mungkin..
aku bisa bercinta dengan kamu
kendati kata-kata ku selalu
menusuk jantung
dan melukai kamu...

mungkin..
kau  mahu memaafkan aku kembali
demi cinta yang ada di hati kamu
dan hati aku
meloloskan dari kata pisah

mungkin..
sang fajar dan sayap-sayap burung yang patah
menyaksikan kita berseteru
selalu tidak pernah berdamai

mungkin..
cinta ku dan dan cinta mu terlalu kuat 
dan menutupi
jiwa yang dendam akan kerasmu
sehingga kita bersama
mungkin....

Friday, October 6, 2023

aku menulis...
menulis kerana aku mahu...
mahu kamu tahu isi hati aku...
aku yang sekian lama merasa hilang...
hilang apabila kamu hilang...
hilang apabila kamu pergi..
pergi bersama rindu yang aku dulu pernah rasai..

kita yang tidak pernah bersama...
mungkin kamu juga mengerti...
jasad yang sentiasa terpisah oleh ruang dan waktu...
sentiasa berkejar, terhambat....dan aku tersesat..

tersasar jauh mencari duniawi...
sedang kamu ada di sisi...
aku masih mencari...
tercari-cari...

benar kita tidak pernah bersama..
walau akad membenarkan kita...
aku cuba...
dan kamu terus mencuba..

apabila masa yang ada...
peluang tiba...
kita sempat bersama...
kurang lebih 12 purnama..
memang tidak lama...

dan kita terpisah kembali..
kembali...
aku ingin kembali..
ke masa lalu..
yang kita lalui..
tanpa ada yang dilukai..

banyak pengorbanan kamu...
ya,
kamu yang banyak membantu..
hilangkan segala buntu..
namun aku............

benarkan aku kembali..
walau ke dalam mimpi...
aku tetap mahu kamu di sisi
bukan sebagai kawan..tetapi isteri.......


Thursday, October 5, 2023

 Anakku Arash


Yang paling papa sayangi,

Yang terpaling papa rindukan...


Setiap celoteh kamu..

Papa simpan dalam kotak hati papa yang sekecil ini..

Hanya untuk kamu..

Dan tidak akan terpadam lagi...

Hingga papa dipanggil mengadap Ilahi..


Kamu anak yang hebat sayang..

Membesarlah dengan hebat...

Jadilah orang yang hebat..

Kerana papa dan mama kamu juga adalah yang terhebat...


Papa dan mama sentiasa mendoakan kamu

Percayalah pada diri kamu...

Percayalah...


Sudah takdir kamu Arash menjadi yang terhebat...


 Anakku ARA...


Janganlah kamu sekali-kali merasa rendah diri..

Jangan kamu sekali-kali rasa tidak disayangi..

Kamu yang paling papa cintai..

Tidak akan sekali-kali rasa sayang papa untuk kamu akan dikurangi..

Tidak mungkin.


Kerana kamu adalah satu-satunya anak papa yang paling rindui..

Jarak memisahkan kita...

Betul...jarak memisahkan kita..

Tapi nama kamu tidak pernah papa lupa dalam setiap doa papa..

Nama kamu Ara, Arash...dan mama...


Jangan berputus asa sayang...

Papa ada menanti kamu..

Senantiasa menanti kamu..

Sentiasa ada untuk kamu..


Jangan pernah ada rasa benci terhadap diri kamu..

Kamu sempurna,,,

Terlalu sempurna...


Ujian yang hebat adalah untuk orang yang hebat...


Papa juga pejuang seperti kamu..

Tidak ada jalan yang indah, mudah, dan sempurna dalam hidup ini..

Papa seperti kamu pada usia kamu..

Papa faham perasaan kamu..

Walau kamu tidak pernah meluahkan segalanya kepada papa..

Papa tahu..


Di  sudut hati kamu...

Ada sesuatu.......

Tuesday, August 22, 2023

 anak anak papa dan mama

Ara dan Arash

Di saat papa memegang tangan kecil kamu

Papa sedar takdir hidup papa telah dikecapi

Tujuan kehidupan papa telah dipenuhi

Kamu adalah kebanggaan papa

Kebahagiaan papa

Dan hadiah dari tuhan yang terbaik pernah papa ada

Sebagai papa kamu berdua

Papa akan sentiasa ada bersama kamu

Di sepanjang jalan kehidupan kamu

Di setiap selekoh

Jurang

Curam

Lorong yang lohong

Ingatlah

Papa ada untuk kamu

Menyokong dan menunjukkan kamu jalan yang akan kamu lalui

Jalan yang akan kita lalui

Kamu membesar sebagai anak-anak yang cukup hebat

Potensi yang tidak pernah papa ragu-ragu

Kekuatan kamu

Kebaikan kamu

Ingatlah bahawa dalam diri kamu sentiasa ada kekuatan untuk mencapai kebaikan

Percaya pada diri kamu dan kekuatan kamu

Dan tidak akan pernah ada had untuk kamu capai

Kamu tidak akan pernah keseorangan

Papa akan ada untuk kamu

Mendengar rintih kamu

Dan bahu untuk kamu bersandar

Kita hadapi  cabaran bersama

Kecapi kejayaan bersama

Buat Kamu Muhammad Arash Nufael


Lahir diri kamu sebagai semangat papa dan mama

Jangan pernah kamu lupa betapa cinta papa kepada kamu

Betapa rindu papa kepada kamu

Telatah kamu

Gelak kecil kamu

Seyuman kamu

Sentiasa papa akan rindu


Papa harap kamu akan tetap percaya pada diri kamu

Sepertimana papa percaya kamu

Untuk melindungi diri kamu

Untuk melindungi kakak mu

Untuk melindungi mama kamu

Sentiasa ada bersama mereka

Mecintai mereka

Sepenuh hati kamu

Tanpa pernah rasa jemu

Dan papa akan sentiasa ada di hati kamu


Ketika badai cuba menjatuhkan kamu

Papa akan sentiasa akan ada bersama

Papa tidak berjanji untuk ada dengan kamu sepanjang hidup kamu

Tapi yang papa boleh janjikan

Adalah untuk menyayangi kamu

Mencitai kamu

Merindui kamu

Untuk sepanjang hidup papa







Buat kamu Nur Ammara Marsha


Anak papa yang paling papa teruja 

Paling dinantikan saat kelahiran kamu

Papa serahkan jiwa dan raga papa untuk kamu Ara

Kamu yang paling indah selepas mama

Terpaling indah

Senyuman kamu

Hadiah teristimewa untuk papa


Andai papa dapat hadiahkan sesuatu kepada kamu

Papa ingin hadiahkan kamu kelebihan untuk melihat betapa istimewanya diri kamu

Malalui pandangan mata papa

Setiap pandangan papa terhadap kamu

Mungkin nanti kamu akan mengerti

Betapa istimewa kamu kepada papa

Indahnya kamu

Baiknya kamu

Betapa berwarna dunia papa

Betapa bermakna dunia papa

Betapa bangga papa

Dengan hadirnya kamu

 7 Reasons Why I LOVE YOU

1. You have seen me at my worst

2. You know how to cheer me up

3. I can trust you with anything

4. You always there for me

5. I love you because you are my person

6. I love you because you are my everything

7. And did I tell you... I LOVE YOU because I LOVE YOU

Untuk Cinta

Yang tidak pernah ada galang ganti
Yang tidak akan pernah aku rasai lagi
Walau ditukar nyawa sebagai ganti
Selagi kamu tidak membuka hatimu kembali
Aku akan tetap menanti
Sampai mati

Untuk Cinta

Yang aku pernah lukai
Dan lagi
Dan melukai lagi
Tiada lagi dirimu disaat ini
Sosok yang sepatutnya ada di sisi
Kini pergi
Tidak berpaling lagi
Aku harap kamu kembali
Kembali untuk aku cintai
Kembali mencintai
Kembali dicintai
Dirindui

Untuk Cinta

Aku sedar ego yang menggunung tinggi
Sedar diri ini terlalu mengejar duniawi
TERLALU DUNIAWI
Duniawi yang tidak seindah mimpi
Tidak seindah mata yang memerhati
Sekadar nafsu yang menguasai


Dan Aku mohon kemaafan darimu....