Pages

Friday, October 6, 2023

aku menulis...
menulis kerana aku mahu...
mahu kamu tahu isi hati aku...
aku yang sekian lama merasa hilang...
hilang apabila kamu hilang...
hilang apabila kamu pergi..
pergi bersama rindu yang aku dulu pernah rasai..

kita yang tidak pernah bersama...
mungkin kamu juga mengerti...
jasad yang sentiasa terpisah oleh ruang dan waktu...
sentiasa berkejar, terhambat....dan aku tersesat..

tersasar jauh mencari duniawi...
sedang kamu ada di sisi...
aku masih mencari...
tercari-cari...

benar kita tidak pernah bersama..
walau akad membenarkan kita...
aku cuba...
dan kamu terus mencuba..

apabila masa yang ada...
peluang tiba...
kita sempat bersama...
kurang lebih 12 purnama..
memang tidak lama...

dan kita terpisah kembali..
kembali...
aku ingin kembali..
ke masa lalu..
yang kita lalui..
tanpa ada yang dilukai..

banyak pengorbanan kamu...
ya,
kamu yang banyak membantu..
hilangkan segala buntu..
namun aku............

benarkan aku kembali..
walau ke dalam mimpi...
aku tetap mahu kamu di sisi
bukan sebagai kawan..tetapi isteri.......


No comments: