Pages

Tuesday, August 22, 2023

 anak anak papa dan mama

Ara dan Arash

Di saat papa memegang tangan kecil kamu

Papa sedar takdir hidup papa telah dikecapi

Tujuan kehidupan papa telah dipenuhi

Kamu adalah kebanggaan papa

Kebahagiaan papa

Dan hadiah dari tuhan yang terbaik pernah papa ada

Sebagai papa kamu berdua

Papa akan sentiasa ada bersama kamu

Di sepanjang jalan kehidupan kamu

Di setiap selekoh

Jurang

Curam

Lorong yang lohong

Ingatlah

Papa ada untuk kamu

Menyokong dan menunjukkan kamu jalan yang akan kamu lalui

Jalan yang akan kita lalui

Kamu membesar sebagai anak-anak yang cukup hebat

Potensi yang tidak pernah papa ragu-ragu

Kekuatan kamu

Kebaikan kamu

Ingatlah bahawa dalam diri kamu sentiasa ada kekuatan untuk mencapai kebaikan

Percaya pada diri kamu dan kekuatan kamu

Dan tidak akan pernah ada had untuk kamu capai

Kamu tidak akan pernah keseorangan

Papa akan ada untuk kamu

Mendengar rintih kamu

Dan bahu untuk kamu bersandar

Kita hadapi  cabaran bersama

Kecapi kejayaan bersama

No comments: