Pages

Tuesday, August 22, 2023

 anak anak papa dan mama

Ara dan Arash

Di saat papa memegang tangan kecil kamu

Papa sedar takdir hidup papa telah dikecapi

Tujuan kehidupan papa telah dipenuhi

Kamu adalah kebanggaan papa

Kebahagiaan papa

Dan hadiah dari tuhan yang terbaik pernah papa ada

Sebagai papa kamu berdua

Papa akan sentiasa ada bersama kamu

Di sepanjang jalan kehidupan kamu

Di setiap selekoh

Jurang

Curam

Lorong yang lohong

Ingatlah

Papa ada untuk kamu

Menyokong dan menunjukkan kamu jalan yang akan kamu lalui

Jalan yang akan kita lalui

Kamu membesar sebagai anak-anak yang cukup hebat

Potensi yang tidak pernah papa ragu-ragu

Kekuatan kamu

Kebaikan kamu

Ingatlah bahawa dalam diri kamu sentiasa ada kekuatan untuk mencapai kebaikan

Percaya pada diri kamu dan kekuatan kamu

Dan tidak akan pernah ada had untuk kamu capai

Kamu tidak akan pernah keseorangan

Papa akan ada untuk kamu

Mendengar rintih kamu

Dan bahu untuk kamu bersandar

Kita hadapi  cabaran bersama

Kecapi kejayaan bersama

Buat Kamu Muhammad Arash Nufael


Lahir diri kamu sebagai semangat papa dan mama

Jangan pernah kamu lupa betapa cinta papa kepada kamu

Betapa rindu papa kepada kamu

Telatah kamu

Gelak kecil kamu

Seyuman kamu

Sentiasa papa akan rindu


Papa harap kamu akan tetap percaya pada diri kamu

Sepertimana papa percaya kamu

Untuk melindungi diri kamu

Untuk melindungi kakak mu

Untuk melindungi mama kamu

Sentiasa ada bersama mereka

Mecintai mereka

Sepenuh hati kamu

Tanpa pernah rasa jemu

Dan papa akan sentiasa ada di hati kamu


Ketika badai cuba menjatuhkan kamu

Papa akan sentiasa akan ada bersama

Papa tidak berjanji untuk ada dengan kamu sepanjang hidup kamu

Tapi yang papa boleh janjikan

Adalah untuk menyayangi kamu

Mencitai kamu

Merindui kamu

Untuk sepanjang hidup papa







Buat kamu Nur Ammara Marsha


Anak papa yang paling papa teruja 

Paling dinantikan saat kelahiran kamu

Papa serahkan jiwa dan raga papa untuk kamu Ara

Kamu yang paling indah selepas mama

Terpaling indah

Senyuman kamu

Hadiah teristimewa untuk papa


Andai papa dapat hadiahkan sesuatu kepada kamu

Papa ingin hadiahkan kamu kelebihan untuk melihat betapa istimewanya diri kamu

Malalui pandangan mata papa

Setiap pandangan papa terhadap kamu

Mungkin nanti kamu akan mengerti

Betapa istimewa kamu kepada papa

Indahnya kamu

Baiknya kamu

Betapa berwarna dunia papa

Betapa bermakna dunia papa

Betapa bangga papa

Dengan hadirnya kamu

 7 Reasons Why I LOVE YOU

1. You have seen me at my worst

2. You know how to cheer me up

3. I can trust you with anything

4. You always there for me

5. I love you because you are my person

6. I love you because you are my everything

7. And did I tell you... I LOVE YOU because I LOVE YOU

Untuk Cinta

Yang tidak pernah ada galang ganti
Yang tidak akan pernah aku rasai lagi
Walau ditukar nyawa sebagai ganti
Selagi kamu tidak membuka hatimu kembali
Aku akan tetap menanti
Sampai mati

Untuk Cinta

Yang aku pernah lukai
Dan lagi
Dan melukai lagi
Tiada lagi dirimu disaat ini
Sosok yang sepatutnya ada di sisi
Kini pergi
Tidak berpaling lagi
Aku harap kamu kembali
Kembali untuk aku cintai
Kembali mencintai
Kembali dicintai
Dirindui

Untuk Cinta

Aku sedar ego yang menggunung tinggi
Sedar diri ini terlalu mengejar duniawi
TERLALU DUNIAWI
Duniawi yang tidak seindah mimpi
Tidak seindah mata yang memerhati
Sekadar nafsu yang menguasai


Dan Aku mohon kemaafan darimu....