Pages

Wednesday, April 15, 2009

WANITA-WANITA YANG DIJAMIN MASUK SYURGA


assalamualaikum w.b.t....
selamat sejahtera ke atas semua yang sudi melawat blog aku ni..
kali ni aku agak senang menulis dalam blog..(thanks jawahir)...ok lah, "wanita yang dijamin masuk syurga allah s.w.t"..siapakah mereka ini..hmmm,kali ni biar aku cerita serba sedikit tentang wanita2 ini.

~ Khadijah binti Khwalid~

seorang wanita yang dilahirkan dalam sebuah keluarga yang terhormat dan mendapat didikan 
akhlak yang mulia serta mempunyai sifat yang tegas. khadijah merupakan
orang pertama yang menyambut seruan iman yang dibawa oleh
Nabi Muhammad saw tanpa banyak berdebat, bahkan khadijah tetap 
membenarkan, menghibur dan membela Rasulullah saw.

Disaat semua orang mendusta dan memulaukan baginda,
Khadijah telah mengorbankan seluruh hidupnya, jiwa dan hartanya
untuk kepentingan dakwah pada jalan ALLAH.

Khadijah mendampingi Nabi Muhammad saw selama 26 tahun dan
merupakan isteri tunggal, tidak ada duanya, bercerai kerana 
kematian. Sehingga pada tahun wafatnya khadijah disebut sebagai
"tahun Kesedihan".

Khadijah adalah orang pertama sekali beriman kepada Rasulullah
ketika wahyu pertama turun dari langit yang dibawa oleh Jibril.
Khadijah membela suaminya dengan harta dan dirinya demi menegakkan kalimah tauhid, serta selalu menghiburkan 
dalam duka derita yang dialaminya dari gangguan kamumnya yang
masih engkar terhadap kebenaran agama Islam.


~ Fatimah Binti Muhammad ( Fatimah Az_Zahra)~

merupakan puteri Rasulullah yang sempurna sifatnya
dan kukuh agamanya. Isteri kepada ahli syurga iaitu Ali Bin Abi Talib.
Dia rela hidup dalam kefakiran untuk mengecap manisnya iman bersama
ayah dan suaminya tercinta. 

Dia korbankan segala apa yang dimilikinya demi membantu menegakkan agama suami. Fatimah adalah wanita yang penyabar, taat 
beragama, baik perangainya, cepat berasa puas dan selalu 
bersyukur pada apa yang di miliknya. 

~ Maryam binti Imran~

Merupakan lambang wanita yang menjaga kehormatnan dirinya
dan taat beribadah kepada Rabbnya. Beliau rela mengorbankan
masa remajanya untuk bermunajat mendekatkan diri kepada ALLAH,
sehingga ALLAH memberinya hadiah istimewa seorang Nabi dari
rahimnya tanpa bapa.

Maryam Puteri Imran yang memelihara kehormatnannya sehingga
ALLAH tiupkan sebahagian dari roh ciptaannya dan dia membenarkan
kalimah kalimah tuhannya dan kitab-kitabnya dan dia adalah termasuk 
orang-orang yang taat. 

~ Asiyah binti Muzahim~

Adalah isteri dari seorang penguasa yang zalim bernama Firaun.

Akibat dari keimanan Aisyah kepada kerasulan Nabi Musa as, maka
dia lebih rela menerima seksaan pedih dari suaminya. 

Betapa besar pun kecintaan dan kepatuhannya pada suami,
ternyata dihatinya masih tersedia tempat tinggi yang dia isi dengan
cinta sepenuh pada ALLAH dan rasulnya. 

Syurga menjadi tujuan akhirnya sehingga kesulitan dan kepedihan
yang dia rasakan didunia akibat meninggalkan kemewahan hidup, 
budaya dan tradisi leluhur yang menyimpang dari syariat ALLAH,
di telan begitu sahaja demi kesenangan abadi.

Akhirnya Aisyah meninggal dunia dalam keadaan tersenyum
meskipun dalam seksaan pengikut Firaun.


-------------------------------------------------------------------------------------so....macamana wahai wanita2 sekalian? adakah anda mempunyai ciri2 seperti wanita2 tersebut?
harap2 adalah,walaupun sedikit..hehehe.. sesungguhnya wanita2 seperti ini menjadi pendorong kepada anda semua untuk terus beriman kepada allah.

semoga anda termasuk dalam golongan wanita dan isteri
yang menjadi kebanggaan suami...
ibu bapa...


ok,lain kali aku cite plak bab lelaki yang dijamin masuk syurga allah.. baru la adil kan.. setakat ni dulu kali ni..adios..

3 comments:

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Jawahir said...

setiap manusia inginkan cinta yang teramat hebat...
iaitu cinta keoada Maha Pencipta..
tetapi jauh didasar hati setiap manusia..
terdapat nafsu yg sering meronta-ronta~..

Unknown said...

jadikan dirimu sehebat yusuf jika inginkan kekasih sesetia zulaikha..
"boleh jadi kamu membenci sesuatu,padahal ia amat baik bagimu.boleh jadi kamu menyukai sesuatu,padahal ia amat buruk bagimu"
surah al-Baqarah ayat 216