Pages

Friday, April 24, 2009

jangan TEGOOOORR...!!

WOOWW..
Ngeriii, menakutkan, mendebarkan, dan hampir mengeluarkan cecair toksik yang terisi penuh dalam pundi ciptaan allah yg maha kuasa semasa tengok cte 'jangan tegur'...klu yg sakit perut, dah rasa macam ada 'santau' dalam perut 2, dinasihatkan supaya jgn tgok cite ni kt panggung,,terseksa punggung, dan bakal menyeksa orang2 sekitar anda..sendri seksa,sendri malu, sendri mau ingat...senang cte, anda meneran la dulu keluarkan 'santau' 2 , baru g tengok.. selamat dunia akhirat...

tapi, aku bukan nk cte pasal cte 'jangan tegur' ni..aku nak cte pasal wanita2 dan lelaki2 yg xbleh kna tegur.. tegur sket, mula la nk tarik muka, tegur sket mula la xnak cakap,tegur sket mula la nk gadoh.. susaaah2..paanggg skalii,,bru taw...

tegur-menegur adalah sesuatu yang baik. tetapi persoalannya sekarang bolehkah org yang kita nk tegur 2 ditegur?
pandaikah kita menegur?
yang paling penting, layakkah kita untuk menegur?
hahahahaa...susahkan.. 'tegur' maksud aku kt sini bukan dengan melafazkan kata2 seperti 'hai', 'mau ke mana' , 'sudah makan ke belum' yg korang biase dok tanye kt awek2 yg korang nk ngorat 2 (aku pun pernah bt jgk)..tetapi 'tegur' yang aku maksudkan adalah untuk menegur KESILAPAN seseorang 2 yg dah terang tang-tang salah..jangan pasni korang tegur sume kesalahan org lain plak..rileeeexx..tggu duluu..aku xhabis cte lg ni..lorat nk g mano gak??( nk cepat nk g mana??)

1st skali, utk tegur org..pastikan dia buat silap..klu korg pandai2 je g tegur org 2, padahal org lain yg bt silap, dia xthu ape2 pn,,xpasal2 llebamm bijik mata ko..klu xpasti, apa yang korang kna buat??
"jangan TEGOORR.."...paham?

2nd, bila dah pasti yg dia 2 dah kompem2 lah dia yg buat salah,pastikan saiz dia 2 same ng saiz anda atau lagi kecil dari saiz korg. xkira la saiz kepala, tangan, kaki dan mulut, pastikan sama saiz. mengapa?? sebab nnt korang kompem menang kalo gaduh ng dia..bukan ape, ni kena pstikan btol2, nnt klu tersalah tegur, xpasal2 gadoo..so, klu dah saiz korg lagi besar dari dia 2 , kompem la korang menang. klu saiz dia lg besar dari korang...apa nak buat adik2...?? jaaaangaan teeggooorrr.....(korang jawab la ramai2)...paaandaaii..(pastikan juga org yg nak anda tegur 2 TIDAK membawa sebarang SENJATA atau geng).

klu yg pompuan, bagi yg freehair..ikat rambut kemas2, takut berlaku pergelutan antara yang menegur dan yang ditegur..klu rambut dah ikat kemas2, kompem la lawan korang xleh tarik rambut korang..senang cte, pakai la tudung..xdela rambut korang 2 jadi buluh masa akhirat esok..

bab makwe ng pakwe...dah byk kalii aku cte kan, tegur menegur la klu ada yg tersilap bahasa, terkasar kata, terkata buruk...almaklum laaa,kite ni orang, dalam perkataan lain yang sama maksudnya, kita ni manusia. da jadi lumrah la bt silap. bila dah buat silap 2 ngaku laa..pas2 mntak maaf..yg diminta maaf pun, maafkan laa...xrugi puun..

dan bila kena tegur 2, terima jelaa..setiap org ni ada kelemahan diri, sama ada kita sedar atau xsedar, atau buat2 xsedar, no body is perfect.. xpyh laa nak gadoh2, rugiiii......

so, yang nak menegur, pandai2 la menegur...sendri mau ingat..
yang ditegur, pandai2 la terima teguran org 2..baiki diri..
yang nak tegur, tapi takut, beranikan la diri, xpun sruh org lain tegur, xpun jalan yang paling senang, buat xtahu sudaaahh...
yang xleh kena tegur, boleh2kanla kena tegur..(malaysia boleh)

lupa nk ingatkan korg, jangan pandai2 g tegur polis atau orang2 yg korang rasa korang xlayak nk tegur, cakap xpandai bt keje la ape la..klu tegur mmg cari nahas la korg, ataupun tegur pak lah xpandai jd PM, xpasal2 kn ISA, masak la korg kna blasah dalam 2...

tegur la aku dlm meluaskan idea aku utk tulis blog ni..teguran korang aku terima sebagai pelajaran..assalamualaikum...

Thursday, April 23, 2009

cukupkah kita...




assalamualaikum w.b.t...


ok terus pada tajuk kita, seperti yang kita tahu, kita semua makhluk ciptaan yang diberi segala2nya oleh allah. segala kemewahan (bg yg mewah), segala kecantikan (bg yg perasan cantik) dan segala kemudahan (bg yg mudah..hehehe..ape yg aku merepek ni..) namun, sedarkah aku, sedarkah korang, sedarkah kita sume yg bnda2 yg ada pada kita ni sume pnjaman semata2. tp pnjaman ni bukan yg macam korg pinjam kat 'along' , kt bank, kt kawan2 korg 2..klu xnak bayar korang bleh lari.

xpun klu brg yg korang pnjm dari kawan korg 2 rosak atau hilang,korg bleh byr atau gnti balik... pinjaman dari maha pencipta adalah segala2nya yg ada pada kita pada hari ini..dari terciptanya alam ini dan makhluk2 yang bermacam jenis ragam, bentuk dan rupa, semuanya adalah untuk beriman dan bertaqwa kepadaNya..bertaqwakah aku? bertaqwakah korang? bertaqwakah kita kepada pencipta kita 2? bagi yg baik..beramal soleh dan beriman kepada penciptanya,setelah ditimbang ( bukan dikira kilo atau kati) syurgalah jawabnye, bagi yang beamal jahat, xberiman kepadanya, setelah ditimbang (bukan juga dikira kilo atau kati) nerakalah jawabnya..

waaaaaa...dah melalut pnjg2, tetibee je byk modal aku ni..


ok,mcm yg kita tahu jugak nabi2 dan rasul2 dah tentu masuk syurga kan..sahabat-sahabat nabi dan rasul juga dijamin masuk syurga. dan aku jugak dapat rasakan bahawa diri aku ni mmg xckup lg amal yg soleh utk mencium bau syurga pun.. amalan korg aku xthu la..korg nilai la diri korang sendiri..

ckup ke tidak amalan kita utk merasai nikmat yg kekal di syurga adalah bergantung pada diri sendiri..rajin2 la beramal, bt pahala byak2, dah bt pahala byak2 2 jgn bt dosa pn byk jgk, tggal la dosa 2.. aku berpesan kepada diri aku sendiri ni, xberniat nk jadi alim ulama pun, just nk share kt blog aku ni je..hehhe



Thursday, April 16, 2009

alhamdulillaah...

waaahhh..panas sungguh petang ni..tapi aku bersyukur pada ilahi kerana aku masih mampu untuk terus merasa udara panas mentari ciptaanNya..ALHAMDULILLAAH..segala puji untukMu yang menciptakan malam dan siang, langit dan bumi, lelaki dan wanita, jantan dan betina, bulan bintang, dan semuanya berpasang-pasangan. semua ini adalah ciptaan agung yang maha esa. tanpa sebarang cacat-cela tanpa sebarang kekurangan pun ciptaannya..


cinta yang paling agung adalah cinta kepada yg maha esa, kepada pencipta kita...sume org pun tahu kan..tp kenapa masih ada yg terlalu cintakan dunia..tidakkah anda sume tahu bahawa dunia ini sementara sahaja..


emmm..


dunia oh dunia..sgguh hebat permainan mu, sggh indah fatamoganamu...sehingga manusia melupakan segala nikmat yang dijanjikan di akhirat kelak..

bgtu juga aku, hanya seorang manusia yg kadangkala, malah selalu terlalai.. ya allah, ampunkanlah dosa hambamu ini..

Wednesday, April 15, 2009

WANITA-WANITA YANG DIJAMIN MASUK SYURGA


assalamualaikum w.b.t....
selamat sejahtera ke atas semua yang sudi melawat blog aku ni..
kali ni aku agak senang menulis dalam blog..(thanks jawahir)...ok lah, "wanita yang dijamin masuk syurga allah s.w.t"..siapakah mereka ini..hmmm,kali ni biar aku cerita serba sedikit tentang wanita2 ini.

~ Khadijah binti Khwalid~

seorang wanita yang dilahirkan dalam sebuah keluarga yang terhormat dan mendapat didikan 
akhlak yang mulia serta mempunyai sifat yang tegas. khadijah merupakan
orang pertama yang menyambut seruan iman yang dibawa oleh
Nabi Muhammad saw tanpa banyak berdebat, bahkan khadijah tetap 
membenarkan, menghibur dan membela Rasulullah saw.

Disaat semua orang mendusta dan memulaukan baginda,
Khadijah telah mengorbankan seluruh hidupnya, jiwa dan hartanya
untuk kepentingan dakwah pada jalan ALLAH.

Khadijah mendampingi Nabi Muhammad saw selama 26 tahun dan
merupakan isteri tunggal, tidak ada duanya, bercerai kerana 
kematian. Sehingga pada tahun wafatnya khadijah disebut sebagai
"tahun Kesedihan".

Khadijah adalah orang pertama sekali beriman kepada Rasulullah
ketika wahyu pertama turun dari langit yang dibawa oleh Jibril.
Khadijah membela suaminya dengan harta dan dirinya demi menegakkan kalimah tauhid, serta selalu menghiburkan 
dalam duka derita yang dialaminya dari gangguan kamumnya yang
masih engkar terhadap kebenaran agama Islam.


~ Fatimah Binti Muhammad ( Fatimah Az_Zahra)~

merupakan puteri Rasulullah yang sempurna sifatnya
dan kukuh agamanya. Isteri kepada ahli syurga iaitu Ali Bin Abi Talib.
Dia rela hidup dalam kefakiran untuk mengecap manisnya iman bersama
ayah dan suaminya tercinta. 

Dia korbankan segala apa yang dimilikinya demi membantu menegakkan agama suami. Fatimah adalah wanita yang penyabar, taat 
beragama, baik perangainya, cepat berasa puas dan selalu 
bersyukur pada apa yang di miliknya. 

~ Maryam binti Imran~

Merupakan lambang wanita yang menjaga kehormatnan dirinya
dan taat beribadah kepada Rabbnya. Beliau rela mengorbankan
masa remajanya untuk bermunajat mendekatkan diri kepada ALLAH,
sehingga ALLAH memberinya hadiah istimewa seorang Nabi dari
rahimnya tanpa bapa.

Maryam Puteri Imran yang memelihara kehormatnannya sehingga
ALLAH tiupkan sebahagian dari roh ciptaannya dan dia membenarkan
kalimah kalimah tuhannya dan kitab-kitabnya dan dia adalah termasuk 
orang-orang yang taat. 

~ Asiyah binti Muzahim~

Adalah isteri dari seorang penguasa yang zalim bernama Firaun.

Akibat dari keimanan Aisyah kepada kerasulan Nabi Musa as, maka
dia lebih rela menerima seksaan pedih dari suaminya. 

Betapa besar pun kecintaan dan kepatuhannya pada suami,
ternyata dihatinya masih tersedia tempat tinggi yang dia isi dengan
cinta sepenuh pada ALLAH dan rasulnya. 

Syurga menjadi tujuan akhirnya sehingga kesulitan dan kepedihan
yang dia rasakan didunia akibat meninggalkan kemewahan hidup, 
budaya dan tradisi leluhur yang menyimpang dari syariat ALLAH,
di telan begitu sahaja demi kesenangan abadi.

Akhirnya Aisyah meninggal dunia dalam keadaan tersenyum
meskipun dalam seksaan pengikut Firaun.


-------------------------------------------------------------------------------------so....macamana wahai wanita2 sekalian? adakah anda mempunyai ciri2 seperti wanita2 tersebut?
harap2 adalah,walaupun sedikit..hehehe.. sesungguhnya wanita2 seperti ini menjadi pendorong kepada anda semua untuk terus beriman kepada allah.

semoga anda termasuk dalam golongan wanita dan isteri
yang menjadi kebanggaan suami...
ibu bapa...


ok,lain kali aku cite plak bab lelaki yang dijamin masuk syurga allah.. baru la adil kan.. setakat ni dulu kali ni..adios..