Pages

Friday, September 11, 2015

Kau bersembang sampai ke langit,
Xpe,
Kau bersembang bagai xberpijak di muka bumi,
Xpe,
Kau bersembang macam kau lah hero dunia, 
Xpe,
Kau bersembang bagai kau lah yang segalanya,
Xpe....

Tapi...

Bila orang lain nk bersembang..
Tiba-tiba kau hamum dia...

Apa citaaaa brader?!

Gua bila dengar lu acah-acah nak sembang..awal2 gua da angkat kaki, chow...

Sori la brader...

Gua xske dgr org bersembang macam lu punya najis lagi besar dari lu punya lubang bontot...

Thanks but no thanks.


Saturday, September 5, 2015

Selamat Tinggal si Dia...


Bait-bait lagu ini gua tujukan khas kepada si dia....

Di kala ku kesepian,
Dihanyut ombak yang resah,
Kau mengubati kerinduan,
Di kala ku keresahan,
Dihanyut malam nan kelam,
Kau menerangi hidupku..

Kini segalanya telah berubah,
Cintamu hanya memori indah,
Ku ditinggalkan kesepian,
Pilu hatiku..

R.I.P


Thursday, September 3, 2015

Anak Benggali

Dialah raja di kota ini,
Ke mana saja mencemar duli,
Pasti akan ada dayang yang menanti,
Pasti ada kencing syaitan yang dicari.

Dialah penjajah di kota ini,
Mengukur laluan di sana-sini,
Mencari ayam untuk menemani,
Diwaktu malam diulit mimpi.

Dialah pemidato diabad ini,
Tiada lawan yang mampu menandingi,
Berani tiada di dalam diri,
Bermimpi jangan disiang hari.

Anak Benggali,

Dialah penghuni contoh di bumi ini,
Bagai sang ular bisa diludahi,
Lidah bercabang dua terbahagi,
Semua penghuni tunduk menghormati.

Dialah jua seorang juara,
Pastikan menang semua acara,
Walau terpaksa mencabut nyawa,
Asalkan dapat mendakap piala.

Anak Benggali pada masa ini,
Membawa genetik beratus masihi,
Berkawan boleh, jangan disahabati,
Kelak binasa memakan diri.

Si Kurus, Si Hensem, Si Panjang, Si Gemuk

Maka tersebutlah sebuah kisah, Si empat bersahabat (kononnya) keluar makan bersama. Usai makan, pelayan restoren mewah tersebut dipanggil untuk urusan pembayaran.

Si Panjang : berapa harga makanan yg kami makan ni encik?

Pelayan : makanan sahaja semua RM8

Si Panjang : sahabat-sahabat sekalian, harga makanan, ana yang belanja.

Si Kurus, Si Hensem, Si Gemuk : terima kasih ya sahabat!!

Si Kurus : nah, RM5, tolong bayar air utk ana.(hulur wang kepada si Gemuk)

Si Hensem : nah RM10, tolong bayar air untuk ana sekali. (Hulur wang kepada si Gemuk)

Usai si Gemuk bayar harga minuman, semua berkemas untuk balik.

Si Kurus dan si Hensem menunggu baki dari si Gemuk.

Namun si Gemuk diam membatu. 

Si Kurus dan Si Hensem tidak meminta baki tersebut utk menjaga hati sahabat dan risau dikata berkira.

Maka gembiralah si Gemuk kerana dapat makan free, minum free, dan menambah pendapatan pada hari itu kerana menyimpan baki duit si Kurus dan si Hensem.

Sekian.

Tuesday, September 1, 2015

Mr. & Mrs. Knows Everything

Mr. & Mrs. Knows Everything,
Pasti akan ada jawapan dari bibir mereka,
Jawapan yang belum tentu hujung pangkalnya,
Jawapan hujah bagai sang perdana,
Menangkis fakta dengan auta,
Menjawab auta dengan auta...

Mr. & Mrs. Knows Everything,
Tidak berundur walau sepatah,
Menghambur nista dengan petah,
Tiada cela ayat diratah,
Debatnya tajam bak busur panah...

Mr. & Mrs. Knows Everything,
Modal dicaras di hujung bibir,
Samanis tebu, racun di cicir,
Tiada yang awal, tiada yang akhir,
Dari ranting hingga ke batang semua di takir..

Mr. & Mrs. Knows Everything,
Mencari ilmu tiada yang salah,
Kerana ilmu ibarat air di kolah,
Diguna mencari hidup barakah,
Insaflah sebelum ke alam barzakh...

Kenangan Semalam

Kenangan Semalam,
Tentang aku, dia, dan kamu,
Tentang rasa, 
Betapa aku terpaku,
Melihat dia dan kamu di depanku...

Kenangan Semalam,
Melihat dia bersama kamu,
Buat aku tersenyum,
Betapa aku bersyukur memiliki dia dan kamu...

Kenangan Semalam,
Tidak akan sekali-kali terpadam dari ingatan ku,
Tetap menjadi rahsia yang terpendam,
Di antara aku, dia, dan kamu...

Kenangan Semalam,
Jangan pernah kau dan dia tinggalkan aku,
Menjadi kekasih dan cinta aku yang paling dalam,
Hanya Tuhan yang menjadi penentu...

Kenangan Semalam,
Akan menjadi bunga dan madu dalam hidup aku,
Penawar rindu dan kasih tersulam,
Selamanya akan tetap bersama..kamu, dia, dan aku.


Poyokah gua

Poyo kah diri gua ini...

Bila gua tidak bersalam dengan wanita yg bukan mahram gua, poyo katanya..

Bila gua tak join diorang hisap rokok, poyo katanya...

Bila gua balik awal, menolak untuk lepaking kat kedai mamak lepas waktu kerja, poyo katanya...

Bila gua xnak makan kt kedai cina, poyo katanya...

Bila gua menolak untuk minum air bergas, poyo katanya...

Bila gua makan sikit, poyo katanya...

Bila gua jarang bersembang-sembang kosong, poyo katanya....

Bila gua baca ruangan sastera kat utusan online, poyo katanya....

So, gua memang poyo..lu apehal?!