Pages

Tuesday, April 28, 2015

Gua selalu perasan, kalau dalam ramai2 yg gua kawan, mesti ada sorang yang akan selalu kena bahan, dan akan dibuli oleh kawan-kawan lain. Dan gua bukan jenis orang yang suka membuli, apatah lagi dibuli. Bahan orang sekali-sekala dengan berhemah tu ada la.

Dalam perhubungan sebagai kawan ni, banyak yang kita kena fikir. Apatah lagi kawan yang sama tempat kerja, keluar makan bersama, lepak bersama,kerja bersama. Benda-benda ni semua akan jadi tak best kalau sorang dah buat perangai, merajuk, terasa hati, dan tak mau cakap sgt. Gua okey je. Tp kawan-kawan yang lain, yang menyebabkan kawan yang sorang lagi tu merajuk, please laa guys...mintak maaf.

Gua sedih. Dah ada yang tak bercakap. 

Mula la masam muka, pantang salah cakap, mmg mendapat la korang. Nasib baik gua okey je ng beliau.

So kawan-kawan,

Please... Gua mintak tolong. Lain kali kalo nk cakap ng beliau, berhati-hati. Kadang-kadang gua pon terasa gak, cuma gua ni jenis buat keras je. Lantak korang la, janji jaga sensitiviti keluarga, agama, mahupun kaum masing2.

Bergurau tak salah kawan2, malah boleh mengeratkan silaturrahim sesama kita, cuma jaga batasan yg gua cakap td k.

Caucincau.

Tuesday, April 21, 2015

Hasil penulisan gua ni sebenarnya adalah hasil garapan gua sendiri. Langsung tidak terlintas di hati nurani gua untuk merasa bongkak, riak dan sebagainya. 

Perkara yang gua anggap temeh, tetapi sebenarnya akan ada yang memandang perkara tersebut secara    
terlalu serius dan mungkin mengabaikan sensitiviti sesetengah pihak

Gua bukan penulis hal ehwal politik, agama, mahupun sosial negara itu dan ini.

Apa yang gua kongsikan bersama anda semua adalah perjalan hidup gua, yang sedikit sebanyak gua
rasa menarik dari sudut pandangan gua sendiri. 

Terima kasih.

Monday, April 20, 2015

~this is Nur Ammara Marsha Binti Mohd Shakirin~

Kalau dikira tahun, maka umurnya sudah 2 tahun. Kalau dikira bulan baru 16 bulan kurang lebih. Petah bercakap walau bahasanya hanya papa dan mama yg memahami separuh, dan separuh lg hanya tekaan atau "parents instinct".  

Sunday, April 19, 2015

Rindu betul gua dengan isteri ng anak gua. Maklumlah dengan tittle gua sebagai "suami hujung minggu" ni, mmg sedikit perit rasanya gua nak lalui hari-hari tanpa yg tersayang. Dan tittle tu sebenarnya dah bertambah satu lagi, "papa hujung minggu".

Tidak seperti keluarga bahagia lain yang senantiasa bersama saban hari, bersua muka setiap saat bersama yang tersayang, kehidupan gua sama sekali berbeza. Berjauhan walau jarak perjalanan cuma 2 jam 30 minit kurang lebih, sentiasa ada kekangan yang menidakkan gua untuk bersama anak isteri.

Namun, gua sentiasa berusaha untuk menjadi yang terbaik untuk isteri dan anak gua. Suami yang terbaik, bapa yg terbaik, dan anak yang terbaik untuk ibu dan bapa gua. Terbaikkah gua di mata mereka semua? Hanya mereka yang tahu jawapan untuk soalan itu.

Bukan niat gua untuk menidakkan ketentuan Ilahi, menyangkal segala yang tertulis untuk perjalanan hidup gua. Tapi gua kadang-kadang terfikir, kenapa gua? Kenapa tidak orang lain? Dan gua pasti, jawapan yang paling tepat untuk soalan gua tu adalah sebab gua yang terpilih. The choosen one.

Pasti akan ada hikmah untuk semua yang telah gua lalui, semua yang sedang gua jalani dan yang akan gua hadapi dalam perjalanan hidup gua. 

Kurangnya kami bersama tidak bermakna kurangnya waktu untuk kami berkasih sayang antara suami dan isteri mahupun papa dan anak. Gua dan isteri gua memanfaatkan segala teknologi yg kita sudah sedia maklum semakin "advance" saban hari untuk berhubung setiap waktu.

"Facetime" dan "whatsapp" yang paling kerap kami gunakan untuk berhubung.

Ada sahaja masa untuk bersama, gua akan pastikan itulah masa berkualiti untuk isteri dan anak gua. Ambik gambar banyak-banyak, rakam video banyak-banyak. Sebab nanti bila gua rindu, itulah yang akan gua tatap.

Gua nak ucapkan jutaan terima kasih kepada isteri gua sebab beliau memang memahami gua. Sanggup menghadapi semua dugaan ini bersama gua. Sanggup jaga anak kami walau gua tiada bersama.

Dan gua pasti, ada lagi orang yang situasi mereka sama dengan gua. Malah ada yang terpaksa meninggalkan ank isteri jutaan batu jauhnya semata-mata untuk menunaikan tanggungjawab untuk anak bangsa, agama dan negara. Gua harap kalian tabah.