Pages

Tuesday, August 25, 2009

kAu & AkU, bErbEzA....

assalamualaikum dan selamat menyambut bulan ramadhan sahabat2ku...

selamat berpuasa..pernah ke korg terfikir kenapa allah menjadikan segala bnda di dunia ni berpasang2?..langit dan bumi, malam dan siang, bulan dan bintang, lelaki dan wanita, gelap dan terang,....sume2 2 berbeza dan berpasang2..

bg kita manusia, allah menjadikan kita sebagai berpasang2 supaya kita saling melengkapi antara satu sama lain... dan allah telah memberi setiap dari kita dengan kelebihan dan kelemahan masing2.
kali ni aku nk cte kt korg pasal beza antara lelaki dan perempuan..

LELAKI

korg thu x, lelaki bujang kena tanggung dosanya sendiri bila sudah baligh. tapi dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya.

Lelaki yg dah kawin plak kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum kahwin dan dosa anak lelaki yg blom baligh. berat sgguh tggungjawab lelaki..
Hukum menjelaskan yg anak lelaki kna bertanggung jawab ke atas ibunya, sekiranya dia xbt tanggungjawab 2 maka berdosalah dia. ni terutamanya anak lelaki yang tua. manakala pempuan x, perempuan hanya kna taat kt laki dia je.

Isteri buat baik, pahala dapat kt diri dia sendiri, tp kalau buat tak baik, dosanya akan ditanggung oleh suaminya. tolong laa jgn bt dosa, siaan kt laki korg nnt..

Suami WAJIB bagi nafkah pada isteri, tapi isteri tidak. Walaupun
begitu isteri boleh membantu. Jgn korg jadi mals keje plak. biasenye mesti isteri akn cakap duit laki aku duit aku, duit aku duit aku..btol x?

HARAM BAGI SUAMI BERTANYAKAN TENTANG PENDAPATAN ISTERI..
lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa izin ini. klu nak, mintak la elok2..dan si isteri plak, klu dah laki korg dah xde duit, tolong2 la support..
Banyak lagi bnda2 yang laki bergelar suami perlu tanggung.
Kalau nak dibayangkan beratnya dosa-dosa yang ditanggungnya seperti gunung dengan semut. Itu sebabnya mengikut kajian, nyawa orang perempuan lebih panjang daripada lelaki. Lelaki mati cepat kerana tak larat dengan beratnya dosa-dosa yangditanggung (ikut kajian laa..)
Tetapi orang lelaki ada keistimewaannya yang dianugerah oleh Allah SWT.
Ini orang lelaki kena tahu, kalau tak tahu kena jadi perempuan...

WANITA

Auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki. kena mitak izin dari suami dlu klu nak kuar rumah, tapi org laki xpayah..nk kuar, bila2 masa je bleh kuar rumah.hehhehe

org pmpuan akn terima harta pusaka pusaka kurang sket dari lelaki.
kena mengandung dan melahirkan anak.

WAJIB taat kepada suami, TETAPI suami tak perlu taat pada isterinya.kan best..
Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri.

pmpuan ni kurang dalam beribadat kerana masalah haid dan nifas yang xde pada lelaki.

Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan di tempat yang tersorok dan selamat. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar bersepah-sepah kan? Itulah bandingannya dgn seorang wanita.(korg pahamkan la maksud ayat ni)

pmpuan perlu taat kepada suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya.

pmpuan terima harta pusaka kurang dari lelaki, tapi harta itu menjadi milik peribadinya dan xperlu diserahkan kepada suaminya, manakala lelaki menerima pusaka lebih, tapi perlu gune hartanya untuk menyara isteri dan anak-anak.

Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap
saat, dia akan didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di
muka bumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil. Manakala dosanya diampun ALLAH (dosa kecil).

Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita ini: isterinya, ibunya, anak perempuannya dan saudara perempuannya.

Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4
org lelaki ini: suaminya,ayahnya, anak lelakinya dan saudara lelakinya.

Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana-mana pintu Syurga yg disukainya cukup dengan 4 syarat sahaja: sembahyang 5 waktu, puasa di bulan Ramadhan, taat suaminya dan menjaga kehormatannya.

Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima pahala seperti pahala orang pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata..

huhh..penat aku bebel sorg2 ni..mgkin ada byk lg beza2,kelebihan2 antara lelaki dam pmpuan yg aku xthu,tp yg aku tahu,setiap dari kita makhluk allah ni ada keistimewaan dan kekurangan yg tersendiri. yg elok2 2 kekalkan la, yg xelok 2, buanggg jauh2 k...