Pages

Thursday, September 3, 2015

Si Kurus, Si Hensem, Si Panjang, Si Gemuk

Maka tersebutlah sebuah kisah, Si empat bersahabat (kononnya) keluar makan bersama. Usai makan, pelayan restoren mewah tersebut dipanggil untuk urusan pembayaran.

Si Panjang : berapa harga makanan yg kami makan ni encik?

Pelayan : makanan sahaja semua RM8

Si Panjang : sahabat-sahabat sekalian, harga makanan, ana yang belanja.

Si Kurus, Si Hensem, Si Gemuk : terima kasih ya sahabat!!

Si Kurus : nah, RM5, tolong bayar air utk ana.(hulur wang kepada si Gemuk)

Si Hensem : nah RM10, tolong bayar air untuk ana sekali. (Hulur wang kepada si Gemuk)

Usai si Gemuk bayar harga minuman, semua berkemas untuk balik.

Si Kurus dan si Hensem menunggu baki dari si Gemuk.

Namun si Gemuk diam membatu. 

Si Kurus dan Si Hensem tidak meminta baki tersebut utk menjaga hati sahabat dan risau dikata berkira.

Maka gembiralah si Gemuk kerana dapat makan free, minum free, dan menambah pendapatan pada hari itu kerana menyimpan baki duit si Kurus dan si Hensem.

Sekian.

No comments: