Pasti akan ada jawapan dari bibir mereka,
Jawapan yang belum tentu hujung pangkalnya,
Jawapan hujah bagai sang perdana,
Menangkis fakta dengan auta,
Menjawab auta dengan auta...
Mr. & Mrs. Knows Everything,
Tidak berundur walau sepatah,
Menghambur nista dengan petah,
Tiada cela ayat diratah,
Debatnya tajam bak busur panah...
Mr. & Mrs. Knows Everything,
Modal dicaras di hujung bibir,
Samanis tebu, racun di cicir,
Tiada yang awal, tiada yang akhir,
Dari ranting hingga ke batang semua di takir..
Mr. & Mrs. Knows Everything,
Mencari ilmu tiada yang salah,
Kerana ilmu ibarat air di kolah,
Diguna mencari hidup barakah,
Insaflah sebelum ke alam barzakh...
No comments:
Post a Comment