Pages

Sunday, April 19, 2015

Rindu betul gua dengan isteri ng anak gua. Maklumlah dengan tittle gua sebagai "suami hujung minggu" ni, mmg sedikit perit rasanya gua nak lalui hari-hari tanpa yg tersayang. Dan tittle tu sebenarnya dah bertambah satu lagi, "papa hujung minggu".

Tidak seperti keluarga bahagia lain yang senantiasa bersama saban hari, bersua muka setiap saat bersama yang tersayang, kehidupan gua sama sekali berbeza. Berjauhan walau jarak perjalanan cuma 2 jam 30 minit kurang lebih, sentiasa ada kekangan yang menidakkan gua untuk bersama anak isteri.

Namun, gua sentiasa berusaha untuk menjadi yang terbaik untuk isteri dan anak gua. Suami yang terbaik, bapa yg terbaik, dan anak yang terbaik untuk ibu dan bapa gua. Terbaikkah gua di mata mereka semua? Hanya mereka yang tahu jawapan untuk soalan itu.

Bukan niat gua untuk menidakkan ketentuan Ilahi, menyangkal segala yang tertulis untuk perjalanan hidup gua. Tapi gua kadang-kadang terfikir, kenapa gua? Kenapa tidak orang lain? Dan gua pasti, jawapan yang paling tepat untuk soalan gua tu adalah sebab gua yang terpilih. The choosen one.

Pasti akan ada hikmah untuk semua yang telah gua lalui, semua yang sedang gua jalani dan yang akan gua hadapi dalam perjalanan hidup gua. 

Kurangnya kami bersama tidak bermakna kurangnya waktu untuk kami berkasih sayang antara suami dan isteri mahupun papa dan anak. Gua dan isteri gua memanfaatkan segala teknologi yg kita sudah sedia maklum semakin "advance" saban hari untuk berhubung setiap waktu.

"Facetime" dan "whatsapp" yang paling kerap kami gunakan untuk berhubung.

Ada sahaja masa untuk bersama, gua akan pastikan itulah masa berkualiti untuk isteri dan anak gua. Ambik gambar banyak-banyak, rakam video banyak-banyak. Sebab nanti bila gua rindu, itulah yang akan gua tatap.

Gua nak ucapkan jutaan terima kasih kepada isteri gua sebab beliau memang memahami gua. Sanggup menghadapi semua dugaan ini bersama gua. Sanggup jaga anak kami walau gua tiada bersama.

Dan gua pasti, ada lagi orang yang situasi mereka sama dengan gua. Malah ada yang terpaksa meninggalkan ank isteri jutaan batu jauhnya semata-mata untuk menunaikan tanggungjawab untuk anak bangsa, agama dan negara. Gua harap kalian tabah. 



No comments: